Akmal Saleh tampil jelaskan isu hadiah cabutan bertuah -““Tak apa, akak ambillah RXZ itu”

Akmal Saleh tampil jelaskan isu hadiah cabutan bertuah -““Tak apa, akak ambillah RXZ itu”

Isu hadiah cabutan bertuah Yamaha RXZ yang dimenangi seorang wanita berusia 54 tahun pada Karnival Anak Muda baru-baru ini akhirnya mendapat penjelasan daripada wakil penganjur, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh.

Penganjur sebelum ini minta RXZ dipulangkan

Menerusi hantaran di Facebook, penganjur sebelum ini mengambil keputusan untuk meminta motosikal berkenaan dipulangkan selepas mendapati pemenang tidak memenuhi syarat kelayakan penyertaan yang menetapkan had umur antara 18 hingga 50 tahun.

Menurut Akmal, pihak penganjur pada awalnya menerima aduan sebelum semakan mendapati berlaku kesilapan teknikal apabila wanita berkenaan berjaya melepasi proses pendaftaran meskipun tidak memenuhi had umur ditetapkan.

Pihaknya telah menghubngi wanita terbabit

Beliau menyatakan, pihaknya kemudian menghubungi wanita tersebut bagi memberikan penjelasan dan hasil perbincangan, wanita berkenaan bersama suaminya bersetuju untuk memulangkan semula motosikal itu, manakala penganjur menawarkan pampasan dalam bentuk wang tunai.

“Jadi, yang ini dah dipersetujui. Bila dah setuju malam, barulah saya buat kenyataan dan keluarkan dekat hantaran dalam Facebook dan TikTok saya bahawa kita mengaku ada masalah kesalahan teknikal. RXZ itu akan dipulangkan dan dibuat cabutan semula
“Jadi, kita ingat dah selesai. Rupa-rupanya, esok paginya bila saya bangun, dah tular. Anak dia rupanya ada kongsi dekat media sosial, cakap seolah-olah macam maknya dizalimi, maknya dimalukan,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Selasa.

Akmal Saleh tampil jelaskan isu hadiah cabutan bertuah -““Tak apa, akak ambillah RXZ itu”

Akmal telah beri penjelasan

Ketua Pemuda UMNO itu menambah, beliau tampil memberikan penjelasan secara terbuka susulan isu berkenaan tular di media sosial, khususnya selepas wanita tersebut diminta memulangkan motosikal yang dimenanginya.

Akmal turut menegaskan bahawa penganjur tidak mempunyai niat untuk memalukan wanita berkenaan, malah keputusan tersebut dibuat selepas perbincangan dan persetujuan bersama berhubung pemberian pampasan.

Tapi saya tak bagitahulah wang tunai itu berapa sebab saya nak minta hari ini, bila kita cabut esok, minta Yang Amat Berhormat akan umumkan berapa pampasan yang kita nak bagi kepada wanita tersebut.
“Jadi saya rasa sangat-sangat bertanggungjawab untuk jelaskan kerana memberikan kesan yang merosakkan nama baik saya dan juga nama baik penganjur iaitu Kerajaan Negeri Melaka.
“Tak apalah, akak dah buat keputusan untuk tak setuju nak bagi dan buat keputusan pula anak dah sebar dalam media sosial, suami pun dah sebar dalam media sosial seolah-olah nak memburukkan kami, kami terimalah.
“Dan kami pun anggap kami pun tak nak panjang cerita ini, RXZ yang akak dapat itu akak ambillah,” katanya.

Foto: Sinar Harian

Dalam pada itu, Akmal memaklumkan cabutan bertuah baharu tetap diteruskan bagi memastikan hadiah motosikal diberikan kepada peserta yang benar-benar memenuhi syarat kelayakan.

“Kami ini jenis yang akan mengotakan apa yang diperkatakan. Jadi kalau kita dah janji lain, buat lain, jadi nampak tak sedap kan?
“Jadi kepada semua peserta yang hampir dekat 40,000, semua masih ada lagi harapan untuk menang petang ini untuk kita cabut cabutan bertuah. Insya-ALLAH, minggu depan boleh tebus motor itu dekat Seri Negeri,” katanya.

Cabutan semula kemudiannya diadakan pada Selasa jam 4.45 petang menerusi siaran langsung di platform Facebook Kerajaan Negeri Melaka dan disempurnakan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

Nurathiqah Zaidi, 24, dari Bukit Katil akhirnya diumumkan sebagai pemenang baharu hadiah motosikal berkenaan.

Sumber: Facebook Akmal Saleh

Scroll to Top