Juruterbang, empat penumpang helikopter terhempas disahkan maut

Miri: Seorang juruterbang dan empat petugas Kementerian Kesihatan (KKM) disahkan maut selepas helikopter perkhidmatan doktor udara (FDS) dinaiki mereka terhempas berhampiran Long Lellang Short Take-Off and Landing Airport (STOLport), petang tadi.

Residen Bahagian Miri yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Miri Galong Luang mengesahkan perkara itu berdasarkan laporan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta Kementerian Kesihatan (KKM).

“Bagaimanapun, maklumat tentang kejadian dan nama mangsa yang terlibat belum dapat diperincikan,” katanya ketika dihubungi.

Terdahulu, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad dalam kenyataan berkata helikopter yang berlepas dari Miri itu dikendalikan oleh seorang juruterbang dan membawa seorang pegawai perubatan, seorang penolong pegawai perubatan (PPP) dan dua jururawat yang sedang dalam tugas rasmi.

Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) menerima maklumat tentang kejadian melibatkan sebuah helikopter BO-105 itu daripada Perkhidmatan Maklumat Penerbangan pada 3.58 petang.

Berita berkaitan:

Layang Layang Aerospace bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa berkaitan susulan nahas helikopter BO-105

Helikopter terhempas: ‘Baru dua hari anak balik ke Sarawak, hari ini kami dapat berita dia meninggal dunia’

Helikopter FDS terhempas bawa empat petugas KKM – Dzulkefly

Helikopter terhempas: Keluarga sahkan Dr Ainul meninggal dunia

Helikopter terhempas: PDRM gerak operasi SAR, 10 jam melalui darat

Helikopter ‘flying doctor’ terhempas di Sarawak, status 5 dalam pesawat belum diketahui

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top