MANILA – Sekurang-kurangnya lima orang maut manakala 87 masih hilang selepas sebuah kapal terbakar pada Rabu di perairan berhampiran kawasan tumpuan pelancong di Wilayah Palawan, Filipina, menurut pengawal pantai tempatan pada Khamis, lapor Xinhua.
Kebakaran berlaku pada petang Rabu ketika kapal itu membawa 117 penumpang dan 17 anak kapal, kira-kira 1.2 batu nautika dari pantai Perbandaran Coron, menurut pengawal pantai tempatan.
Seramai 42 orang berjaya diselamatkan.
Rakaman video yang dikongsi pengawal pantai di media sosial menunjukkan kapal berkenaan dijilat api sepenuhnya.
Menurut laporan media tempatan, kapal itu berlepas dari Manila menuju ke Coron sebelum kebakaran berlaku.
Operasi mencari dan menyelamat masih diteruskan.- Bernama-Xinhua
