Pertemuan Johari-Piyush Goyal kukuhkan hubungan perdagangan Malaysia, India

Kuala Lumpur: Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Johari Abdul Ghani, berbesar hati dapat mengadakan pertemuan dua hala dengan Menteri Perdagangan dan Industri India Piyush Goyal dalam rangka lawatan beliau ke New Delhi, India.

“Perbincangan kami berlangsung secara produktif dan konstruktif, dengan tumpuan kepada langkah-langkah konkrit dan praktikal untuk memperkukuh perdagangan, pelaburan serta kerjasama ekonomi antara Malaysia dan India demi kemajuan ekonomi kedua-dua negara.

“Kami berkongsi komitmen yang kukuh untuk menyelesaikan perkara tertunggak antara kedua-dua negara serta memastikan hubungan ekonomi Malaysia-India terus berkembang secara positif dan saling menguntungkan,” katanya menerusi hantaran di Facebook rasminya.

Beliau turut berharap, hubungan baik Piyush Goyal dapat terus dipererat.

“Ia bagi memperdalam kerjasama ekonomi Malaysia-India, memperluas perdagangan dua hala dan membuka lebih banyak peluang kepada komuniti perniagaan kedua-dua negara,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top