Tangguhkan pengampunan Najib? PAS tuntut kerajaan beri penjelasan!

Tangguhkan pengampunan Najib? PAS tuntut kerajaan beri penjelasan!

PAS menuntut kerajaan memberikan penjelasan segera berhubung penangguhan permohonan pengampunan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang diputuskan dalam Mesyuarat Lembaga Pengampunan Ke-63 bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, Jumaat lalu.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, perkara itu susulan kenyataan Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang Jabatan Perdana Menteri (BHEUU) bertarikh 11 September 2026 mengenai mesyuarat yang dipengerusikan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.

Menurutnya, kenyataan berkenaan memaklumkan Seri Paduka berkenan supaya permohonan pengampunan Najib ditangguhkan ke mesyuarat Lembaga Pengampunan lain yang akan diadakan kelak.

“PAS beranggapan penangguhan permohonan Datuk Seri Mohd Najib di hadapan Mesyuarat Lembaga Pengampunan tersebut tidak akan berlaku dengan sendirinya melainkan terdapat arahan dan atau bantahan daripada mana-mana pihak.
“Ini termasuk dalam kalangan ahli Lembaga ataupun mana-mana pihak ketiga lain yang berkepentingan,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Tangguhkan pengampunan Najib? PAS tuntut kerajaan beri penjelasan!

Takiyuddin berkata, penjelasan kerajaan diperlukan bagi mengelakkan timbul persoalan dan spekulasi dalam kalangan orang awam berhubung keputusan menangguhkan permohonan berkenaan.

Kredit Foto: Vincent Thian

Katanya, perkara itu perlu dijelaskan kepada umum kerana membabitkan kepentingan awam dan wajar diketahui rakyat.

“PAS menuntut pihak kerajaan dengan segera menjelaskan perkara ini kepada umum kerana ia adalah suatu isu berkepentingan awam (public interest) yang tidak wajar dihalang daripada pengetahuan rakyat jelata,” katanya.

Sumber: FB Takiyuddin Haji Hassan

Scroll to Top