Penyanyi Iman Troye melakar kejayaan tersendiri apabila berjaya menjana pendapatan RM2.5 juta sepanjang tahun lalu.
Memetik Astro Gempak, Iman turut menerima pengiktirafan sebagai Diamond Artist daripada syarikat pengurusannya, XO House.
BACA: “Tak Kisah Harga, Asalkan Cantik” – Iman Troye Pernah Beli Baju Raya RM20
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas XO House, Adib Hamdi berkata Iman merupakan artis pertama yang menandatangani syarikat berkenaan.
“Iman mempunyai tempat yang sangat istimewa dalam XO House kerana dia merupakan artis pertama yang kami tandatangani ketika kami memulakan perjalanan ini.
“Melihat sejauh mana dia telah berkembang sepanjang enam tahun ini, daripada permulaan kerjayanya bersama kami sehingga mencapai RM2.5 juta hasil pendapatan pada tahun 2025, merupakan sesuatu yang sangat membanggakan bagi saya,” katanya
Difahamkan, lagu terbaru Iman iaitu ‘Jung Jung Inai’ bergandingan dengan Asslahierah dan sudah mencatat lebih 1.5 juta streams sebelum muzik video dilancarkan.
Sumber: Astro Gempak
