‘Terasa’ dengan anak, bapa merajuk lari kaki ayam keluar rumah

‘Terasa’ dengan anak, bapa merajuk lari kaki ayam keluar rumah

Jika dulu ibu bapa yang membesarkan anak-anak, selepas mereka menginjak ke usia senja, giliran anak-anak pula berbakti untuk mereka.

Pasti ada yang pernah merasa mejaga ibu bapa yang sudah dimamah usia dan banyak ragamnya seperti kembali ke usia kanak-kanak.

Hal ini dikongsikan sendiri oleh seorang pengguna TikTok dikenali sebagai @marfikaadnanhf atau Marfika Adnan Haris Fadzilah yang menceritakan keadaan bapa tersayang yang mudah terasa hati serta emosional disebabkan masalah kurang daya ingatan atau Alzheimer.

@marfikaadnanhf

Moga Allah sendiri melindungi & merahmati Abah. We love u bah. #fypシ #abah #love #alzhiemer #alzhiemers #alzhiemersawareness

♬ original sound – Marfika Adnan Haris Fadzilah – Marfika Adnan Haris Fadzilah

Apa yang membuatkan ramai sebak adalah bapanya yang terasa hati telah ‘merajuk’ keluar dari rumah dengan berkaki ayam setelah adik kepada pengguna TikTok itu melarang bapanya dari keluar dari rumah.

Namun, disebabkan pembawakan masalah Alzheimer yang dihidapi, dia begitu marah akan anaknya secara tiba-tiba. Mujur kakak kepada Marfika sempat mengekorinya untuk mengajak warga emas itu pulang.

@marfikaadnanhf

Kalau mental tak kuat memang takkan boleh jaga orang macam abah aku. Love u Bah #fypシ #alzhiemer #alzhiemers #fouryoupage #fypmalaysia🇲🇾 #abah

♬ original sound – Marfika Adnan Haris Fadzilah – Marfika Adnan Haris Fadzilah

Dapat juga dilihat yang bapanya menangis seperti anak kecil kerana merajuk dan sempat dipujuk untuk pulang ke rumah.

Menerusi kapsyen pengguna TikTok tersebut, dia memohon untuk orang ramai dapat mendoakan bapanya kembali sihat walaupun tahu tiada ubat untuk penyakit tersebut. Dia akui sangat merindui sosok bapanya yang dulu.

@marfikaadnanhf

Semoga Abah sentiasa dibawah perlindunganNYA. #fyp #foryoupage #abah #alzhiemer #alzhiemers #doakan

♬ original sound – Marfika Adnan Haris Fadzilah – Marfika Adnan Haris Fadzilah

Situasi tersebut membuat ramai pihak berasa sebak melihat video yang dimuat naik itu. Mereka juga sempat memberikan semangat kepada pengguna TikTok berkenaan supaya kuat melayani orang tua yang semestinya memerlukan perhatian yang lebih di usia-usia senja mereka.

Sumber: TikTok @marfikaadnanhf

Scroll to Top