Perkongsian seorang individu menjadi perhatian apabila memuat naik hantaran mengenai fizikal penyanyi Najwa Latif.
Menerusi hantaran itu, individu berkenaan berkata wanita selepas bersalin perlu menjaga badan serta membandingkan dengan selebriti lain yang tetap menjaga badan meskipun mempunyai anak.
BACA: Suami Kongsi Video, Najwa Latif Menangis Keguguran Anak Pertama

“Woman to woman, lepas beranak jaga la badan , kalau tak jadi size keeper, tengok macam Datin Intan Najwa steady je even beranak banyak mana pun masih slim.
“Aku even belum kahwin pun tau nak jaga badan sendiri,” tulisnya.
Hantaran individu itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang kurang senang kerana memperkatakan bentul fizikal seseorang serta ‘body shaming’.
Tidak kurang juga, ada yang mendoakan individu tersebut menerima balasan susulan kata-katanya yang tidak baik itu.


