“Sayang Adalah ‘Rumah’ Tempat Abang Kembali, Tempat Menemukan Ketenangan” 

Pelakon Norman Hakim meluahkan rasa syukur perkahwinannya bersama isteri, Memey Suhaiza sudah memasuki usia 15 tahun.

Menerusi satu hantaran di Instagram, Norman menyifatkan Memey sebagai ‘rumah’ serta tempat dia menemui ketenangan.

BACA: “You Will Always Be My Baby” – Norman Hakim Titip Ucapan Istimewa Buat Danisha 

Norman turut menzahirkan penghargaan buat Memey sepanjang perkahwinan isterinya itu disifatkan seorang yang taat dan setia.

“Terima kasih sepanjang 15 tahun ini sentiasa menjadi isteri, sahabat dan makmum yang taat dan setia. Terima kasih kerana percaya kepada Abang sebagai imam, walaupun Abang sendiri masih banyak kekurangan dan masih terus belajar untuk menjadi suami, ayah dan pemimpin keluarga yang lebih baik.

“Sayang pun adalah “rumah” tempat Abang kembali. Tempat Abang menemukan ketenangan selepas penat berjuang, tempat kita membesarkan anak-anak, membina impian dan menyusun kehidupan ini bersama-sama,” tulisnya.

Norman dan Memey berkahwin pada 24 September 2011. Pasangan itu dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Darwisz Hakim, Dikhriz Hakim serta Mikayla Delisha Hakim


Scroll to Top