Oh! Artis
Zahnita Wilson sah bergelar isteri Farouk Osman selepas sekali lafaz di Cyberjaya. Pasangan diraikan dalam majlis sederhana bersama keluarga.
Pelakon dan peragawati, Zahnita Wilson kini sah bergelar isteri kepada jejaka pilihannya, Farouk Osman Yunus, 46, selepas pasangan itu dinikahkan dalam satu majlis di Masjid Raja Haji Fi Sabilillah, Cyberjaya, pada pukul 11.25 pagi tadi.
Menurut laporan Kosmo, Zahnita dinikahkan oleh abang kandungnya, Mohd Julian Hussein, dengan disaksikan Pendaftar Perkahwinan Pejabat Agama Daerah Sepang, Mohammad Nazri Sobirin.
Mas kahwin RM300, dua cincin dan sejadah

Dalam majlis tersebut, Farouk menyerahkan mas kahwin berupa wang tunai RM300, dua bentuk cincin serta sejadah kepada Zahnita.
Majlis pernikahan itu berlangsung secara sederhana dan hanya dihadiri keluarga terdekat, termasuk tiga daripada empat anak perempuan Zahnita.
Kedua-dua mempelai tampil segak mengenakan busana pengantin berwarna putih rekaan Ruby Signature.
Zahnita Wilson sudah bertunang sejak Ogos lalu

Terdahulu pada Ogos lalu, Zahnita mendedahkan dirinya sudah bertunang dengan Farouk, seorang duda yang bekerja dalam sektor kewangan, selepas mereka berkenalan selama beberapa bulan.
Perkahwinan ini menjadi lembaran baharu buat Zahnita selepas sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama Zackery pada 2005 sebelum mereka bercerai pada Ogos 2025.
Hasil perkahwinan terdahulu, Zahnita dikurniakan empat cahaya mata iaitu Zahfareena, 19, Zasharayna, 14, Zahlia Syawwal, 9 dan Abd Zayden, 5.
Kongsikan artikel ini
Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.
BULETIN OH! MEDIA
Baca Yang Paling Best Je.
Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!
Pautan artikel telah disalin.
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.




