am@hmetro.com.my
Pasir Puteh: Seorang remaja perempuan berusia 13 tahun ditemui lemas dalam di Air Terjun Lata Tujuh, di sini, petang tadi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Puteh, Azhar Elmi Mustofar berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 5.33 petang dan segera melakukan operasi mencari dan menyelamat (SAR).
“Mangsa berjaya dijumpai anggota penyelamat dengan menggunakan kaedah selaman (skin dive) serta peralatan besi sauh (grappling iron).
“Mayat mangsa dijumpai selepas terlekat pada alatan dan disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya ketika dihubungi.
Azhar berkata, mangsa ditemui pada kedalaman lebih tiga meter dengan operasi membabitkan 10 anggota
Operasi turut disertai KKM dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
© New Straits Times Press (M) Bhd



