Ibu bapa tidak seharusnya mempunyai mentaliti ‘menswastakan’ sepenuhnya tanggungjawab mendidik anak-anak kepada guru dan pihak sekolah.
Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, rumah tetap menjadi madrasah pertama dalam membentuk peribadi dan jati diri anak-anak.
“Jangan sesekali bermentaliti ‘menswastakan’ tanggungjawab mendidik anak-anak sepenuhnya kepada guru dan sekolah.
“Jangan pula gajet dijadikan pengganti kasih sayang, perhatian dan komunikasi,” katanya menerusi hantaran di media sosial.
Imej janaan AI
Menurut beliau, penggunaan gajet tidak wajar dijadikan pengganti kepada kasih sayang, perhatian dan komunikasi antara ibu bapa dengan anak.
Artikel lain: Buli: Asyraf Wajdi beri tujuh langkah ‘radikal’, Fadhlina jawab banyak sudah & sedang dibuat!
Beliau berkata, karakter anak-anak banyak dipengaruhi didikan, teladan serta suasana yang dilihat dan dirasai mereka dalam kehidupan seharian.

“Rumah tetap madrasah pertama pembentukan peribadi anak-anak. Akhirnya karakter mereka banyak mencerminkan didikan, teladan serta suasana yang mereka lihat dan rasai daripada kita.
“Paling utama, agama tetap menjadi akar penting pembentukan jati diri anak-anak,”tegas beliau.
Sumber: Threads drasyrafwajdi




