KYIV: Tentera Ukraine mencipta sejarah dalam teknologi ketenteraan dunia selepas menggunakan dron pengebom untuk menggugurkan robot tanpa pemandu di Russia dalam satu misi perintis yang dinamakan Operasi Vivaldi.
Pasukan tentera daripada Kor Ketiga Ukraine melancarkan Operasi Vivaldi sejak Mei lalu
Namun, hanya dalam beberapa minggu, Ukraine berjaya mengepung Divisyen Rifal Bermotor Ke-2 dan Ke-14 dan membebaskan sehingga 250 kilometer persegi wilayahnya daripada Russia.
Memuatkan artikel berkaitan…
Kor Ukraine itu mencapai kejayaan berkenaan dengan menguasai ruang udara dron ke atas tentera Rusia.
Seorang penulis blog ketenteraan Moscow melaporkan sejumlah besar dron Hornet Ukraine, yang beroperasi lebih 150 kilometer di belakang garisan Russia, menyerang lintasan sungai, mengganggu logistik dan menghalang kemaraan pasukan bantuan.
Serangan itu menyebabkan pasukan Russia menjadi terasing dan apabila sistem logistiknya lumpuh. Pasukan itu tidak dapat menerima anggota, alat ganti dan bekalan tenaga yang diperlukan untuk mengendalikan dron dengan berkesan.
Kamera yang dipasang pada robot darat berkenaan berjaya merakamkan operasi kejutan itu yang dilaporkan mengakibatkan seramai 3,000 askar Russia terkorban atau mengalami kecederaan.
Komander unit sistem robotik darat NSI-13 daripada Briged Serangan Terpisah Ke-3 Ukraine, Mykola ‘Makar’ Zinkevych mengesahkan kejayaan taktik baharu itu.
“Buat julung kalinya di dunia, semasa Operasi Vivaldi, pihak penceroboh telah diserang oleh unit ‘Gryphon’,” kata Makar.
Beliau menjelaskan bahawa dron pengebom berat Gryphon bertindak menggugurkan robot darat kamikaze sejauh lebih 10 kilometer hingga ke kawasan belakang musuh.
“Kamera pada robot berkenaan merakamkan satu pencapaian teknologi yang hebat, tepat di lokasi yang paling tidak dijangkakan oleh pihak musuh,” katanya lagi.
Makar menambah bahawa taktik serangan jauh yang unik itu dicipta secara khusus.
“Kini, lebih banyak nyawa anggota tentera kami dapat diselamatkan manakala lebih banyak kekuatan tenaga manusia dan sumber musuh berjaya dimusnahkan,” tambahnya. – AGENSI




