Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan beliau akan hadir untuk memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarhamah Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali yang meninggal dunia pagi ini.
Menurut laporan Utusan Malaysia, Anwar berkata, kerajaan menzahirkan simpati kepada keluarga bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad susulan pemergian isterinya itu.
Foto arkib: Harian Metro
Menurut beliau, jasa dan khidmat Allahyarhamah kepada negara, khususnya sepanjang menjadi isteri Perdana Menteri, amat dihargai.
“Tun (Dr.) Siti Hasmah aktif masa dia jadi isteri Perdana Menteri dan untuk kerja-kerja kebajikan dan keprihatinan terhadap masalah rakyat,” katanya kepada pemberita.

Anwar berkata demikian selepas menyampaikan ucaptama sempena perasmian The International Future Conference 2026 (IFC 2026) di ibu negara, hari ini.
Sumber: Utusan Malaysia (Fitri Nizam)




