WOODS' terima pengiktirafan di Putra Aria Brand Awards

WOODS' terima pengiktirafan di Putra Aria Brand Awards

Kuala Lumpur : Jenama penjagaan batuk terkemuka, WOODS’, terus melakar sejarah apabila merai Anugerah Emas bagi kategori Kesihatan pada majlis Putra Aria Brand Awards 2025 anjuran Persatuan Agensi Pengiklanan Bertauliah Malaysia (4As).

Menurut Pengurus Negara, Kalbe Malaysia Sdn Bhd, Oktavianus yang merangkap syarikat pengedar produk itu di negara ini, sebagai jenama warisan antarabangsa, pengiktirafan itu amat bermakna kerana ia didasarkan kepada pertumbuhan pilihan serta kepercayaan pengguna.

Katanya, kepercayaan yang dibina sejak berdekad lamanya membuktikan kerelevanan jenama itu yang sentiasa menyampaikan maklumat secara jelas dan jujur kepada masyarakat.

“Ramai rakyat Malaysia masih ingat rasa pudina yang biasa sejak zaman kanak-kanak, dan hari ini generasi baharu ibu bapa pula mula mengenali jenama ini untuk keluarga mereka sendiri.

“Justeru, anugerah ini menunjukkan bahawa kepercayaan yang dibina oleh generasi terdahulu terus dibawa ke hadapan. Ia juga mendorong kami untuk terus melabur dalam cara kami mendekati rakyat Malaysia sama ada melalui pendidikan, platform baharu atau sekadar hadir dalam detik-detik penting bagi keluarga,” katanya dalam satu kenyataan.

Mengulas lanjut, Oktavianus menambah bahawa kesedaran pengguna tempatan kini semakin meningkat apabila ramai yang mahu memahami keadaan tubuh mereka terlebih dahulu dan bukannya sekadar mengambil mana-mana ubat di rak.

Perubahan trend ini menyaksikan pengguna membaca label dengan lebih teliti, membuat perbandingan dalam talian, serta memanfaatkan teknologi seperti pembantu kecerdasan buatan (AI) untuk bertanyakan soalan berkaitan kesihatan — seperti punca batuk akibat jerebu atau perbezaan jenis batuk.

“Bagi jenama yang sudah lama bertapak, ini bermakna kepercayaan yang dibina perlu diiringi dengan kerelevanan serta maklumat yang jujur,” jelasnya.

Beliau turut menekankan kepentingan mengenali jenis batuk terutamanya ketika musim jerebu bagi memastikan rawatan awal yang betul dapat diberikan.

“Batuk berkahak (produktif) mengeluarkan lendir, manakala batuk kering terasa gatal tanpa kahak. Setiap jenis memerlukan legaan berbeza.

“Bagi batuk berkahak, produk yang mengandungi ekspektoran seperti guaifenesin membantu melonggarkan kahak supaya mudah dikeluarkan.

“Sebagai contoh, Sirap Batuk Pudina WOODS’ menggabungkan guaifenesin bersama rasa pudina yang memberikan sensasi melegakan pada tekak,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top