Polis mohon bantuan kesan anggota tentera hilang di Bentong

Polis mohon bantuan kesan anggota tentera hilang di Bentong

Kuantan: Polis memohon bantuan orang ramai untuk mengesan seorang anggota tentera yang dilaporkan hilang sejak 26 Sept lalu.

Ketua Polis Daerah Bentong Asisten Komisioner Zaiham Mohd Kahar dalam kenyataan hari ini berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kehilangan Muhammad Danial Asraf Azizan, 21, daripada ibunya yang berusia 41 tahun semalam, selepas lelaki itu gagal dihubungi.

Beliau berkata, lokasi terakhir lelaki itu dilihat adalah di Kompeni Charlie, Batalion 25 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD), Bentong.

Zaiham berkata, Muhammad Danial berketinggian kira-kira 162 sentimeter, berambut pendek hitam, bermata hitam, berwajah panjang dan berkulit sawo matang.

Orang ramai yang mempunyai maklumat tentang keberadaan lelaki itu diminta tampil ke balai polis berhampiran atau menghubungi Pusat Kawalan Daerah (DCC) Ibu Pejabat Polis Daerah Bentong menerusi talian 09-223 1999.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top