Doa dari Gaza buat Allahyarham Tun Dr Siti Hasmah

Doa dari Gaza buat Allahyarham Tun Dr Siti Hasmah

Kuala Lumpur: Anak-anak Gaza turut menghadiahkan bacaan Al-Fatihah atas pemergian Allahyarham Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali yang meninggal dunia pada Isnin lalu.

Menerusi video dimuat naik di Instagram Yayasan Nurjiwa, sekumpulan kanak-kanak membaca Al-Fatihah dan turut kelihatan foto kenangan Allahyarham yang dicetak dan diletakkan di hadapan kelas.

“Dari bumi Gaza, anak-anak kecil turut menyampaikan penghormatan dan doa buat Allahyarhamah YAB Tun Dr Siti Hasmah.

“Dengan hati yang tulus, mereka bersama-sama menghadiahkan bacaan surah Al-Fatihah buat insan yang selama ini turut mengambil berat dan menyayangi anak-anak Gaza.

“Semoga bacaan Al-Fatihah dan doa daripada anak-anak kecil ini menjadi tanda kasih serta penghormatan yang tidak ternilai,” tulisnya.

Yayasan Nurjiwa ialah badan bukan kerajaan (NGO) yang ditubuhkan pada 21 Ogos 2006 oleh Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top