Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dijangka tampil memberikan penjelasan berhubung satu rakaman video yang tular dan dikaitkan dengan dirinya hari ini.
Menurut laporan Harian Metro, Mohd Shuhaily ketika dihubungi wartawan tengah malam tadi memaklumkan bahawa beliau akan mengeluarkan kenyataan media berhubung isu berkenaan.
Foto: Media sosial
Rakaman yang tersebar di media sosial itu memaparkan seorang lelaki yang didakwa mirip Mohd Shuhaily sedang memarahi seorang individu lain di sebuah lokasi yang dipercayai berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Dalam video berkenaan, individu terbabit turut dilihat memegang kepala lelaki berkenaan dengan tindakan yang kelihatan agak keras.
Foto: Media sosial
Perkembangan itu turut disusuli penyebaran salinan laporan polis yang didakwa dibuat oleh individu yang dikatakan menjadi mangsa dalam kejadian berkenaan.
Bagaimanapun setakat ini, kesahihan laporan polis yang tular itu masih belum dapat disahkan.
Sumber: Harian Metro (Nazarali Saeril)




