Azar Azmi enggan ulas status perkahwinan

Azar Azmi enggan ulas status perkahwinan

Norhayati Nordin

norhayati_nordin@hmetro.com.my

Gambar

Kuala Lumpur: Pelakon, Azar Azmi, 37, memilih untuk tidak berkongsi mengenai status perkahwinannya dengan suami, Mohd Apri Hazreen, 41, yang kini dalam tahanan penjara atas pertuduhan menipu.

Pemilik nama sebenar, Siti Azar Ameerah Azmi ini berkata, ini kerana kes suaminya masih dalam perbicaraan selain dia menghormati proses undang-undang di mahkamah.

“Macam inilah, selagi tak ada keluar daripada mulut saya (mengenai status perkahwinan), rasanya orang pun ‘clear’ tentang itu. Sebab biasanya kalau kita sudah tiada apa-apa (hubungan), benda itu akan ada ‘statement’.

“Cuma, situasi saya adalah dia (suami) sekarang ada di ‘dalam’ (penjara), bila dekat dalam tidak boleh nak buat apa. Kes masih berjalan, jadi memang tidak boleh buat apa-apa,” katanya.

Azar yang ditemui baru-baru ini turut ditanya sama ada dirinya cuba didekati ‘seseorang’, namun dia memaklumkan perkara itu tidak berlaku kerana dikelilingi rakan-rakan yang bersikap ‘gila-gila’.

“Orang-orang di sekeliling saya semuanya ‘gila-gila’. Jadi, tidak ada pun yang saya rasa nak datang ambil kesempatan, macam ajak keluar ‘dating’ ke? Kami tahu batas persahabatan.

“Apa pun, Alhamdulillah keadaan diri saya memang okay. Tak ada pun sampai jiwa kacau, syukur sangat saya tidak berada di fasa itu. Sebab, setiap hari saya akan cakap kepada diri sendiri agar selalu positif.

“Saya juga sentiasa ingatkan diri sendiri, apa yang saya lalui ini adalah ujian daripada Allah. Saya kena kuat dan bangkit walau apa jua yang berlaku, kena tempuh. Saya tak boleh lari dan hadap sahaja,” katanya.

Azar yang dikenali menerusi drama Nur 2 menganggap dirinya beruntung kerana menpunyai pengurus dan kakak yang sentiasa ada bersama untuk mendengar segala luahan rasa sedih di hati dan penyimpan rahsianya.

Pada perkembangan lain, Azar memaklumkan sangat bersyukur kerana rezeki tawaran berlakon tidak putus diterima dan memerlukan dia memilih yang sesuai termasuk mendapat peluang menjadi duta produk.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top