Lee Chean Chung hantar borang sertai BERSAMA

Lee Chean Chung hantar borang sertai BERSAMA

razis@hmetro.com.my

Puchong: Lee Chean Chung menghantar borang untuk menyertai Parti Bersama Malaysia (BERSAMA) hari ini selepas tiga hari meletak jawatan sebagai Ahli Parlimen Petaling Jaya tanpa syarat pada 2 Oktober lalu.

Perkara itu disahkan Pemimpin Parti BERSAMA, Datuk Seri Rafizi Ramli dalam sidang media di ibu Pejabat BERSAMA di sini, hari ini.

“Kami mengalu-alukan kehadiran saudara Lee Chean Chung sebagai seorang pemimpin BERSAMA.

“Beliau (Chean Chung) menghantar permohonan untuk menyertai BERSAMA pada hari ini dan permohonan itu akan diproses mengikut tatacara keahlian BERSAMA,” katanya dalam sidang media yang turut dihadiri Chean Chung.

Media sebelum ini melaporkan, Chean Chung mengumumkan peletakan jawatan sebagai wakil rakyat berkenaan tanpa syarat, berkuat kuasa Jumaat lalu.

Beliau yang memenangi kerusi Parlimen Petaling Jaya pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) dilaporkan berkata, surat peletakan jawatannya sudah diserahkan kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul, kira-kira jam 3 petang semalam.

Keputusan itu dibuat selepas beliau menerima surat daripada PKR pada Rabu lalu yang memaklumkan keahliannya dalam parti digantung selama tiga tahun.

Berita lanjut menyusul

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top