SPRM cari lelaki Belanda, Myanmar bantu siasatan

SPRM cari lelaki Belanda, Myanmar bantu siasatan

bhnews@bh.com.my

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Sembilan sedang mengesan dua individu, masing-masing seorang lelaki warga Belanda dan Myanmar bagi membantu siasatan kes rasuah berasingan.

SPRM dalam kenyataan hari ini berkata individu pertama yang dicari dikenali sebagai Pieter Jan Eimers, 61, warga Belanda yang memegang pasport bernombor BA0223039 dan alamat terakhir di No 14, Preston Road, Singapore 117612.

“Individu berkenaan dikesan kali terakhir ketika memasuki Malaysia pada 3 Mei 2007.

“Orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai lelaki itu diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Penolong Penguasa Mohamad Zabir Sharif di talian 013-2168343 atau 06-7625446 atau emel kepada zabir.sharif@sprm.gov.my,” katanya.

Sementara itu, katanya SPRM Negeri Sembilan turut mengesan seorang lelaki warga Myanmar dikenali sebagai Jaber Hamid Husson, 28, yang memegang kad Suruhanjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu Untuk Pelarian (UNHCR) bernombor 354-00287837.

“Individu berkenaan mempunyai alamat terakhir di No.50, Lorong 7, Taman Jujur, Sikamat, 70400 Seremban, Negeri Sembilan.

“Sehubungan itu, mereka yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai lelaki terbabit diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Penolong Penguasa Mohamad Shamin Aizat Azmi di talian 017-9541048 atau 06-7625446 atau emel kepada shaminaizat@sprm.gov.my,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top