mhafis@mediaprima.com.my
Petaling Jaya: Luluh hati seorang ibu apabila melihat mesej perbualan lucah dan rakaman video aksi tidak senonoh membabitkan anak gadisnya dengan seorang lelaki, Ahad lalu.
Menurut sumber, perkara itu terbongkar selepas wanita berusia 40-an itu memeriksa telefon bimbit anaknya yang berusia 15 tahun sebelum menemui perbuatan terbabit.
Katanya, perbualan itu ditemui di dalam aplikasi permesejan segera, malah dipercayai lelaki terbabit pernah datang ke kediaman mereka semasa ketiadaan keluarga.
“Terkejut dengan kejadian itu, wanita terbabit membuat laporan polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shamsudin Mamat ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian berkenaan.
© New Straits Times Press (M) Bhd




