Pempengaruh media sosial yang juga bekas isteri penyanyi Nubhan iaitu Dr. Afifah Hidayah bakal diijabkabulkan dengan tunangnya dikenali sebagai Cap A pada 1 November depan.
Memetik HibGlam, Dr Fie berkata terdahulu dia tiada pengalaman mengaturkan majlis kahwin sendiri kerana masih belajar dan ini adalah perkara baru buatnya.
BACA: “Bukan Mudah Kami Beri Persetujuan..” – Ibu Dr Fie Mohon Doakan Yang Baik-Baik
“Alhamdulilah, tinggal dua minggu lagi kami bakal melangkah ke alam perkahwinan dan kembali membina kehidupan baru bersama anak-anak kami.
“Ini juga pengalaman baru apabila kita sendiri aturkan majlis. Dulu saya masih belajar, tiada masa uruskan kenduri. Kali ini ada personal touch selain dibantu taema.kl sebagai pengendali acara.
“Urusan majlis kali ini agak mencabar sebab selepas hampir sedekad, rupa-rupanya kerja kahwin banyak perubahan dengan adanya Wedding Content Creator (WCC) dan Bride Assistant,” katanya.
Sementara itu, Dr Fie berkata majlis akad nikah akan diadakan di Seremban diikuti dengan majlis resespi, manakala majlis menyambut menantu akan diadakan di Kuala Lumpur seminggu kemudian.
Dalam pada itu, Dr Fie mengakui gementar namun bersedia untuk kembali menggalas tanggungjawab sebagai isteri.
“Alhamdulillah, biasalah perasaan gemuruh mesti ada, mungkin disebabkan sibuk membuat persiapan kenduri selain ada juga kejutan untuk si dia. Sebab itu rasa gementar sikit.
“Tetapi sokongan semua mengiringi perjalanan kami sekeluarga terutama mereka di luar sana yang tidak henti-henti mendoakan kesejahteraan kami,” katanya.
Sumber: HibGlam




