HULU TERENGGANU : Mayat seorang bayi yang belum dapat dikenal pasti jantina ditemukan di dalam longkang dalam keadaan tidak sempurna di kawasan Perumahan Padang Setengge, Kuala Berang, di sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Superintenden Sharudin Abdul Wahab berkata, mayat bayi itu ditemukan seorang penduduk perumahan tersebut ketika sedang membasuh pakaian di belakang rumahnya.
“Wanita itu menemukan satu susuk tubuh bayi di dalam longkang di belakang rumah sebelum memaklumkan penemuan berkenaan kepada Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Perumahan Padang Setengge,” katanya di sini.
Memuatkan artikel berkaitan…
Beliau berkata, keadaan mayat ketika ditemukan menunjukkan hanya terdapat satu bahagian tangan dan kedua-dua belah kaki yang mana jantina serta kewarganegaraannya belum dapat dipastikan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan dan setakat ini, tiada tangkapan dibuat berhubung kejadian tersebut. – UTUSAN




