ECRL Tawar Diskaun 30% Bulan Pertama, Kanak-Kanak Dan Warga Emas Dapat Potongan 50% | Oh! Media

ECRL Tawar Diskaun 30% Bulan Pertama, Kanak-Kanak Dan Warga Emas Dapat Potongan 50% | Oh! Media

Trending

ECRL tawar diskaun tambang 30% sepanjang bulan pertama operasi bermula 12 Disember ini. Kanak-kanak, warga emas dan OKU nikmati diskaun 50%.

Intipati berita

  • ECRL dijangka mula beroperasi pada 12 Disember ini dengan tawaran diskaun tambang 30% sepanjang bulan pertama operasi.
  • Diskaun 30% ditawarkan kepada penumpang kelas ekonomi sempena pembukaan rasmi ECRL.
  • Diskaun tetap 50% diberikan kepada kanak-kanak berusia 2 hingga 12 tahun, warga emas berumur 60 tahun ke atas, golongan OKU dan pesara kerajaan.
  • Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata tawaran ini bertujuan memberi manfaat kepada pengguna yang ingin menikmati perkhidmatan ECRL pada tambang lebih murah.

Pengguna perkhidmatan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) bakal menikmati berita baik apabila diskaun tambang sebanyak 30 peratus ditawarkan sepanjang bulan pertama operasi perkhidmatan itu.

Menurut laporan Kosmo, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, tawaran berkenaan diberikan sempena pembukaan rasmi ECRL yang dijangka bermula pada 12 Disember ini.

Perkhidmatan ECRL dapat diskaun 30% berapa lama?

ecrl

Menurut Anthony Loke, orang ramai berpeluang menikmati potongan tambang bagi kelas ekonomi sepanjang bulan pertama perkhidmatan ECRL beroperasi.

Sempena pembukaan rasmi yang dijangka bermula pada 12 Disember, untuk bulan pertama orang ramai akan menikmati sebanyak 30 peratus diskaun.

Selain itu, empat kategori yang diumumkan semalam iaitu Kanak-kanak berusia dua hingga 12 tahun, warga emas berumur 60 tahun ke atas serta golongan Orang Kurang Upaya (OKU) serta pesara kerajaan bakal menikmati diskaun tambang 50 peratus secara tetap,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang akhbar Transport Expo Asia 2026 di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), hari ini.

Empat kategori boleh nikmati diskaun tetap 50%

ohmedia ecrl 2

Selain diskaun pengenalan, empat kategori penumpang turut menikmati potongan tambang sebanyak 50 peratus secara tetap, iaitu:

  • Kanak-kanak berusia dua hingga 12 tahun.
  • Warga emas berumur 60 tahun ke atas.
  • Golongan Orang Kurang Upaya (OKU).
  • Pesara kerajaan.

Tawaran ini dijangka memberi manfaat kepada penumpang yang ingin menggunakan perkhidmatan ECRL, khususnya keluarga dan golongan yang layak menerima diskaun.



OH! MEDIA


Kongsikan artikel ini


Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.














BULETIN OH! MEDIA


Baca Yang Paling Best Je.


Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!









Pautan artikel telah disalin.



author avatar

Penulis berita dan kandungan digital di Oh! Media yang memfokuskan kepada isu semasa, automotif, teknologi, gaya hidup dan perkembangan tempatan. Beliau menghasilkan kandungan berita, informasi serta kandungan digital untuk pembaca Oh! Media.

Scroll to Top