Kuala Lumpur: Beregu lelaki utama negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik mudah melepasi halangan awal untuk mara ke pusingan kedua Terbuka Perancis 2026 di Arena Grand Paris, awal pagi tadi.
Pilihan keempat kejohanan itu hanya memerlukan 37 minit untuk menyingkirkan wakil China He Ji Ting-Ren Xiang Yu straight set 21-15, 21-19.
Menanti mereka pada pusingan kedua melibatkan gandingan Thailand Peeratchai Sukphun-Pakkapon Teeraratsakul yang terdahulu menyingkirkan satu lagi pasangan negara Nur Mohd Azriyn Ayub-Tan Wee Kiong 19-21, 21-10, 21-19.
Satu lagi gandingan beregu lelaki negara Man Wei Chong-Tee Kai Wun juga melangkah ke pusingan 16 terbaik itu selepas bangkit daripada ketinggalan set pertama 18-21 untuk menewaskan beregu Jepun Kakeru Kumagai-Hiroki Nishi 21-15, 21-17.
Pasangan Malaysia itu akan berdepan pilihan kelapan kejohanan dari Jepun Takuro Hoki-Yugo Kobayashi.
Sementara itu, beregu wanita negara Pearly Tan-M.Thinaah mengesahkan pertembungan bertemu rakan senegara Ong Xin Yee-Carmen Ting pada pusingan kedua, selepas berjaya menewaskan gandingan Turkiye Bengisu Ercetin-Nazlıcan Inci 21-11, 21-15.
© New Straits Times Press (M) Bhd




