MINUMAN probiotik popular, Yakult (Malaysia) Sdn Bhd menerima kelulusan akuan fungsi baharu daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang mengiktiraf peranan bakteria probiotik Lacticaseibacillus paracasei Shirota strain (LcS) dalam membantu menyokong tindak balas imun badan.Pengarah Bersekutu Bahagian Perhubungan Awam dan Sains Yakult (Malaysia) Sdn Bhd, Mazlyn Mena Mustapha berkata, kelulusan itu membolehkan pihaknya memberikan penerangan lebih lanjut kepada orang ramai mengenai peranan probiotik berkenaan dalam penjagaan kesihatan harian.Menurutnya, langkah itu juga diharap dapat membantu masyarakat membuat pilihan lebih tepat berkaitan amalan pemakanan dan penjagaan kesihatan.”Menerusi akuan ini, kami dapat memberi penerangan lebih lanjut tentang peranan Shirota strain dalam Yakult dan kaitannya dengan tindak balas imun badan kepada orang ramai.”Diharapkan dapat membantu orang ramai membuat pilihan lebih tepat dalam amalan penjagaan kesihatan harian,” katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada program kesedaran kesihatan komuniti ‘Wira Aktif, Usus Sihat’ anjuran Yakult Malaysia dengan kerjasama Briged Tenggara Pasukan Gerakan Am (PGA) di Kem Galing di sini pada Sabtu.Hadir sama pada program itu, Komander Briged Tenggara PGA, SAC Datuk Ahmad Radzi Hussain serta Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (Perkep), Briged Tenggara, Datin Siti Mariam Abdul Mutalib@Man.Lebih 400 pegawai dan anggota Briged Tenggara PGA termasuk ahli keluarga mereka hadir meriahkan program yang menggalakkan gaya hidup aktif dalam kalangan komuniti selain meningkatkan kesedaran tentang kepentingan amalan pemakanan sihat termasuk pengambilan probiotik untuk penjagaan kesihatan.Antara aktiviti menarik yang telah dijalankan sepanjang program ini berlangsung termasuk senamrobik dan Fun Walk, pemeriksaan kesihatan oleh Klinik Perubatan Hijraa Kuantan dan pameran oleh Perkep serta Jabatan Sains Pemakanan, Fakulti Sains Kesihatan Bersekutu, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Kampus Kuantan.Turut memeriahkan program itu ialah Physio Hero Sdn Bhd, Alpro Pharmacy Sdn Bhd, The Pastels Shop di samping Fresh Life Water Resources Sdn Bhd yang menyumbang air mineral bagi kegunaan peserta program.Selain itu, kanak-kanak pula berpeluang menyediakan hidangan yogurt sendiri menerusi bengkel makanan You-Gut It.Sesi ceramah kesihatan turut disampaikan Pensyarah dari Fakulti Sains Kesihatan UIAM Kampus Kuantan, Profesor Madya Dr Wan Mohd Azdie Wan Abu Bakar yang menyentuh pemakanan sihat bagi menjaga kesihatan usus kepada hadirin.Mazlyn berkata, pengambilan minuman probiotik seperti Yakult juga boleh dijadikan sebahagian daripada amalan gaya hidup sihat.Jelasnya, ia telah dibuktikan secara saintifik dapat meningkatkan fungsi usus dengan menyokong proses penghadaman dan keseimbangan bakteria baik dalam usus.”Amalan ini perlu disertai pemakanan seimbang dan gaya hidup aktif bagi membantu mengekalkan kesihatan sistem penghadaman secara menyeluruh,” ujarnya.Mengulas lanjut mengenai program ‘Wira Aktif, Usus Sihat’, Mazlyn memberitahu, penganjuran program tanggungjawab sosial korporat (CSR) seperti ini adalah bertepatan dengan falsafah korporat Yakult untuk membawa kesihatan dan kebahagiaan kepada seramai yang mungkin.Jelasnya, program CSR Yakult Malaysia yang kelima tahun ini berjaya menghimpunkan lebih 400 anggota Briged Tenggara PGA bersama ahli keluarga mereka.Beliau menambah, Kuantan dipilih sebagai lokasi bagi wilayah Pantai Timur tahun ini selepas program berkenaan diadakan di Seremban, Bintulu, Johor Bahru dan Taiping.”Ini kali pertama kami menganjurkan program dengan penglibatan agensi keselamatan atau badan beruniform seperti Briged Tenggara PGA.”Kami mengambil peluang ini untuk mendekati anggota pasukan dan ahli keluarga mereka bagi menyampaikan mesej gaya hidup sihat,” katanya.Program Kesedaran Kesihatan Komuniti ‘Wira Aktif, Usus Sihat’ ini memberi peluang kepada saya mendapatkan pendedahan mengenai kesihatan usus dan saya berharap lebih banyak organisasi dapat bekerjasama bagi menjayakan program seumpama ini pada masa akan datang.”- Anggota PGA, Safarizal Ismail, 41.Program seperti ini bermanfaat dan diharapkan dapat diteruskan pada masa akan datang dengan penglibatan lebih banyak pihak serta penambahan aktiviti, khususnya untuk kanak-kanak. Saya juga sering membeli Yakult kerana anak saya sangat menggemarinya.” Korporat Kebajikan Baitulmal, Norma Zarinani Mat Noor, 47.



