bhnews@bh.com.my
SEPANG: Dua lelaki maut selepas kenderaan yang mereka naiki terhumban ke parit di Tanjung Rhu, Sungai Pelek di sini, hari ini.
Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof, berkata dalam nahas jam 10 pagi itu mangsa yang juga pemandu, Sathish Kumar Maya Murugan, 29, dan penumpang Pubalan Sooriakumaran, 28, dari Sungai Pelek, maut di tempat kejadian akibat kcederaan di kepala.
Katanya, siasatan awal mendapati kenderaan dipandu mangsa dari arah Sungai Pelek menuju Banting, hilang kawalan apabila melalui satu selekoh dan terjunam ke parit di sebelah kanan jalan.
“Waris mangsa juga sudah dikenal pasti dan kenderaan mangsa dibawa ke IPD Sepang untuk siasatan,” katanya sambil menambah kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
© New Straits Times Press (M) Bhd




