Elak diseret ke mahkamah, HRXPERT tawar Talian Kecemasan HR buat majikan

Elak diseret ke mahkamah, HRXPERT tawar Talian Kecemasan HR buat majikan

Kuala Lumpur : Tindakan disiplin terhadap pekerja tanpa mengikut prosedur yang betul bukan sahaja boleh mengundang pertikaian undang-undang, malah berisiko mengancam kelangsungan sesebuah perniagaan.

Isu Pengurusan Sumber Manusia (HR) khususnya membabitkan kes ketidakhadiran, prestasi kerja dan penamatan perkhidmatan kerap menjadi cabaran utama pemilik perniagaan, terutama dalam memastikan setiap tindakan dibuat secara adil serta mematuhi undang-undang buruh.

Sedar akan kekeliruan sering dihadapi majikan, syarikat perunding HRXPERT memperkenalkan inisiatif Talian Kecemasan HR bagi menyediakan saluran panduan awal secara percuma buat pemilik perniagaan.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif HRXPERT, Dr (HC) Norazlina Abdullah, inisiatif berkenaan menyasarkan golongan pengusaha Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) yang kebiasaannya tidak mempunyai jabatan HR khusus di syarikat masing-masing.

“Ramai majikan tahu apabila pekerja melakukan kesalahan, tetapi tidak semua tahu prosedur betul yang perlu diikuti.

“Kesilapan mengambil tindakan boleh menyebabkan syarikat berdepan risiko tuntutan di mahkamah.

“Sebab itu kami memperkenalkan Talian Kecemasan HR supaya majikan mempunyai tempat rujukan awal sebelum membuat sebarang keputusan rasmi,” katanya.

Talian bantuan berkenaan memberi panduan merangkumi pengurusan disiplin, isu penggajian, prestasi kerja dan pematuhan Akta Kerja.

Bagi kes rumit yang memerlukan penelitian dokumen atau tindakan susulan, HRXPERT turut menawarkan khidmat konsultasi profesional mengikut skop kes.

Majikan memerlukan panduan boleh menghubungi hotline di talian 019-404 3821 atau 012-783 6774, e-mel ke inquiry@hrxpert.com.my atau layari laman web rasmi hrxpert.com.my.

Sementara itu, bagi memperkukuh keupayaan perkhidmatan itu, bekas Pengarah di Ibu Pejabat Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM), Hussain Ali Meah turut dilantik sebagai Penasihat Utama HRXPERT.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top