Najib kekal di penjara selagi denda RM50 juta tidak dibayar -AG

Najib kekal di penjara selagi denda RM50 juta tidak dibayar -AG

KOTA BHARU: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, sehingga kini belum membayar denda RM50 juta bagi menjalani baki hukuman penjara secara tahanan di rumah.

Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mohktar, bagaimanapun berkata tiada had masa ditetapkan berhubung bayaran denda berkenaan.

“Selagi denda terbabit tidak dibayar, Datuk Seri Najib kekal berada di penjara,” katanya selepas Majlis Peluncuran Sekolah Angkat MADANI Jabatan Peguam Negara di Sekolah Kebangsaan (SK) Pasir Hor, di sini, hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Scroll to Top