Najib belum bayar denda RM50 juta, tiada had masa ditetapkan – Peguam Negara

Najib belum bayar denda RM50 juta, tiada had masa ditetapkan – Peguam Negara

nfazlina@nstp.com.my

Kota Bharu: Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak masih belum membayar denda sebanyak RM50 juta bagi menjalani baki hukuman secara tahanan di rumah.

Peguam Negara Tan Sri Mohd Dusuki Mohktar, bagaimanapun berkata, tiada had masa ditetapkan berhubung bayaran denda berkenaan.

“Selagi denda terbabit tidak dibayar, Datuk Seri Najib kekal berada di penjara,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis Peluncuran Sekolah Angkat MADANI Jabatan Peguam Negara di Sekolah Kebangsaan (SK) Pasir Hor, di sini, hari ini.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top