Alcaraz tiada tandingan di Vienna

Alcaraz tiada tandingan di Vienna

Vienna: Carlos Alcaraz melengkapkan rekod tanpa kalah sepanjang musim dalam kejohanan ATP 500 apabila mudah menewaskan Alex de Minaur 6-1, 6-4 pada final Terbuka Vienna, semalam.

Alcaraz menewaskan pemain Australia itu buat kali ketujuh dalam tujuh pertemuan antara mereka.

De Minaur memberikan tentangan sengit dalam perlawanan itu.

“Gaya permainannya sangat berbahaya. Dia sangat pantas, jadi anda perlu berusaha untuk memenangi setiap mata.

“Anda mungkin mampu melakukan pukulan kemenangan menentang pemain lain, tetapi bukan dia. Saya perlu memberikan tumpuan sepenuhnya terhadap perkara itu.

“Saya cuba bermain secara agresif dan menunjukkan kepadanya bahawa jika dia mahu menang, dia perlu bermain lebih baik, lebih agresif, lebih mantap dan lebih bijak daripada saya,” katanya.

Alcaraz tidak kehilangan sebarang set sepanjang lima perlawanan di Vienna untuk meraih gelaran ke-28 dalam karier profesionalnya.

Kemenangan itu menyusul selepas kejayaannya menjuarai kejohanan di Tokyo empat minggu lalu.

Alcaraz turut menjuarai kejohanan di Doha pada Februari sebelum terpaksa berehat hampir lima bulan akibat kecederaan pergelangan tangan. Ketiga-tiga gelaran ATP 500 itu diraihnya di gelanggang keras.

Pemenang tujuh gelaran Grand Slam itu kembali beraksi pada Terbuka Amerika Syarikat (AS) di New York, namun tersingkir pada suku akhir.

Alcaraz berkata prestasinya sepanjang kejohanan di Vienna memberikan petanda positif.

“Sudah tentu minggu ini sangat bermakna dan menakjubkan dari segi emosi buat saya. Saya belajar banyak perkara untuk terus bergerak ke hadapan, langkah demi langkah, bermain di gelanggang tertutup dan cuba membina lebih banyak keyakinan ketika beraksi di permukaan ini,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top