Trending
Fahmi Zainol nafi terbabit dalam kes keganasan rumah tangga terbaharu di Pulau Pinang. Ini penjelasan beliau dan perkembangan siasatan polis.
Intipati berita
- Fahmi Zainol tampil menafikan dakwaan dirinya terlibat dalam kes keganasan rumah tangga terbaharu yang dikaitkan dengan seorang ADUN di Pulau Pinang.
- Pernah didakwa mencederakan isteri – Pada 27 Februari lalu, Fahmi mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mencederakan isterinya, Nur Hidayah Abd Jabar.
- Digantung jawatan dalam PKR dan EXCO – Susulan kes tersebut, Fahmi digantung daripada semua jawatan dalam PKR dan digugurkan daripada jawatan EXCO Pulau Pinang sementara menunggu penyelesaian kes mahkamah.
- Polis sedang menyiasat laporan baharu – Polis Pulau Pinang mengesahkan menerima laporan dakwaan seorang ADUN memukul isterinya. Empat ahli keluarga telah dipanggil untuk membantu siasatan.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Jerejak, Fahmi Zainol tampil menafikan dakwaan dirinya terbabit dalam kes keganasan rumah tangga terbaharu yang dikaitkan dengan seorang wakil rakyat di Pulau Pinang.
Menurut laporan Harian Metro, Fahmi menegaskan bahawa kes yang sedang diperkatakan itu bukan melibatkan dirinya.
Kes ADUN Pulau pinang terkini itu bukan saya.
Fahmi Zainol pernah didakwa cederakan isteri

Untuk rekod, pada 27 Februari lalu, Fahmi mengaku tidak bersalah atas pertuduhan dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap isterinya, Nur Hidayah Abd Jabar.
Kesalahan itu didakwa berlaku kira-kira jam 10 malam pada 22 Februari lalu di sebuah rumah di Persiaran Pantai Jerejak 11, Bayan Lepas.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 326A kanun sama.
Susulan kes tersebut, Fahmi digantung daripada semua jawatannya dalam PKR sementara menunggu penyelesaian kes mahkamah. Beliau turut digugurkan daripada jawatan sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Pulau Pinang.
Polis siasat laporan baharu terhadap ADUN

Dalam perkembangan berkaitan, media semalam melaporkan bahawa Polis Pulau Pinang menerima satu laporan berhubung dakwaan seorang ADUN memukul isterinya baru-baru ini.
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Dennis Lim Kwang Keng dilaporkan berkata, siasatan masih dijalankan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.
Polis juga telah memanggil empat individu yang merupakan ahli keluarga untuk dirakam keterangan bagi membantu siasatan.
Kongsikan artikel ini
Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.
BULETIN OH! MEDIA
Baca Yang Paling Best Je.
Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!
Pautan artikel telah disalin.
Penulis berita dan kandungan digital di Oh! Media yang memfokuskan kepada isu semasa, automotif, teknologi, gaya hidup dan perkembangan tempatan. Beliau menghasilkan kandungan berita, informasi serta kandungan digital untuk pembaca Oh! Media.




