Usahawan, Datuk Seri Vida berkongsi pengalaman anaknya, Cik B yang pernah takut untuk keluar rumah dan ke sekolah selepas menerima ejekan berhubung warna kulit ketika berusia 12 tahun.
JAN 29 2020 NONA FADHLEE COVER DATO SRI VIDA N CIK B
Menerusi perkongsian di Threads yang memaparkan foto lama anaknya itu, Vida atau lebih dikenali sebagai DSV mengimbau bagaimana kata-kata orang sekeliling menjejaskan keyakinan diri Cik B.
Menurutnya lagi, ejekan itu turut mengaitkan penampilan Cik B dengan perniagaan produk penjagaan kulit yang diusahakannya.

“Zaman di mana Cik B takut keluar rumah, takut pergi sekolah sebab orang mengata Cik B hitam huduh. Mak jual skincare produk putih tapi anak hitam.” ciapannya, semalam.
DSV turut menceritakan usahanya ketika itu untuk meminta Cik B menggunakan sabun daripada rangkaian produknya. Bagaimanapun, anaknya belum berminat terhadap rutin penjagaan kulit pada usia berkenaan.
“Waktu ni Cik B berusia 12 tahun, saya paksa pakai sabun QuPuteh tomato tapi Cik B tak nak, yela umur masih muda tak fikir nak jaga kulit sebagainya hanya suka main panas,” kongsinya.
Mengulas perkembangan anaknya kini, DSV berkata Cik B semakin mengambil berat tentang penjagaan diri serta kulit wajah tanpa perlu disuruh seperti dahulu.
Malah, menurut usahawan itu, Cik B kini menggunakan sendiri sabun berkenaan dan meminta bekalan tambahan.
“Tapi bila dah besar Cik B dah muka jaga diri, jaga kulit muka tak payah paksa sendiri guna sabun tomato 😂 Siap minta stock lagi,” tambahnya lagi.
Sumber: Threads datoserivida




