PPV masjid: Jangan guna ruang solat – Utusan Digital

PPV masjid: Jangan guna ruang solat – Utusan Digital

KUALA TERENGGANU: Pembukaan pusat pemberian vaksin (PPV) di kawasan masjid perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Badan Bertindak Covid-19 Kebangsaan (CITF) dengan tidak menjadikan ruangan solat sebagai tempat suntikan mahu pun menunggu.

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Ahmad Amzad Hashim berkata, tindakan segelintir pihak yang melanggar ketetapan berkenaan boleh memberi gambaran negatif kepada usaha murni yang dirintis kerajaan.

Katanya, PPV masjid hanya dibenarkan beroperasi jika mempunyai kemudahan bersesuaian bagi pelaksanaan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).

PPV masjid: Jangan guna ruang solat – Utusan Digital

“Jika kurang sesuai, sepatutnya daripada awal tidak dibuka kerana prinsip paling penting yang perlu dipatuhi ialah tiada penggunaan ruang solat, sebaliknya memanfaatkan kemudahan lain misalnya bilik kuliah, perpustakaan dan klinik masjid.

“Saya menerima maklumat ada negeri yang memulakan program outreach di masjid tanpa merujuk SOP CITF hingga tersebar gambar ruang solat digunakan untuk suntikan di samping tempat menunggu dan saya sudah turun padang membuat teguran supaya kesilapan sama tidak berulang,” katanya dalam hantaran di laman Facebook hari ini.

Ahmad Amzad berkata, pelaksanaan PPV masjid akan terus diperluaskan susulan kejayaan projek perintis di Masjid At-Taqwa di Durian Burung di sini.

Terdahulu, katanya, inisiatif PPV masjid itu turut dilaksanakan di seluruh dunia termasuk di Eropah dan mendapat sambutan baik dalam kalangan umat Islam.

Scroll to Top