am@hmetro.com.my
Kuala Selangor: Masjid At-Taufiqiah, Bandar Seri Coalfields, di sini, yang mampu memuatkan lebih 500 jemaah dibuka untuk solat Jumaat walaupun dilanda musibah banjir lumpur Rabu lalu.
Tinjauan wartawan di lokasi mendapati orang ramai memenuhi ruang solat utama dan ruang legar bagi melaksanakan solat Jumaat tengah hari tadi.
Pada masa sama, kawasan masjid berkenaan yang terjejas teruk sudah dibersihkan lebih 200 sukarelawan pagi tadi.
Selepas solat, pihak pengurusan masjid mengadakan solat hajat bagi memohon musibah sama tidak berulang kembali.
Rata-rata jemaah yang ditemui melahirkan rasa bersyukur kerana mereka boleh solat berjemaah di masjid itu semula.
Terdahulu, pengerusi masjid, Dr. Masrur Mohd Khair memaklumkan masjid berkenaan sudah tujuh kali ditenggelami banjir lumpur dengan yang terburuk pada Disember 2021.
© New Straits Times Press (M) Bhd




