Trending
Najib Razak dilihat keluar dari Penjara Kajang selepas menjelaskan denda RM50 juta dalam kes SRC International.
Intipati berita
- Najib Razak dilihat meninggalkan penjara kira-kira jam 2.37 petang dengan menaiki SUV Proton X70 berwarna perak.
- Peguam, Muhammad Farhan Shafee tiba di Penjara Kajang selepas Najib selesai membayar denda RM50 juta.
- Denda RM50 juta selesai dibayar di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi memenuhi syarat pengampunan bersyarat.
- Najib dijadual menjalani baki hukuman secara tahanan rumah sehingga 23 Ogos 2028.
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dilihat keluar dari Penjara Kajang kira-kira pukul 2.37 petang tadi dengan menaiki sebuah SUV Proton X70 berwarna perak.
Menurut laporan Kosmo, kenderaan yang membawa Najib meninggalkan kawasan penjara dengan kawalan beberapa kenderaan pengiring serta sebuah van Jabatan Penjara.
Bagaimanapun, destinasi beliau selepas meninggalkan penjara masih belum dapat disahkan sama ada dibawa ke kediamannya di Jalan Langgak Duta, Kuala Lumpur yang sebelum ini dikaitkan dengan pelaksanaan tahanan rumah.
Peguam hadir sebelum Najib Razak dibebaskan

Terdahulu, peguam Najib, Muhammad Farhan Shafee dilihat memasuki kawasan Penjara Kajang kira-kira pukul 2.15 petang dengan menaiki sebuah kereta Audi berwarna putih.
Kehadiran beliau menyusuli perkembangan bahawa Najib selesai menjelaskan denda sebanyak RM50 juta yang dikenakan terhadapnya dalam kes penyelewengan dana SRC International Sdn. Bhd. di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, tengah hari tadi.
Muhammad Farhan sebelum ini memaklumkan pihaknya sedang menunggu surat perintah pembebasan tahanan untuk diserahkan kepada Jabatan Penjara Malaysia.
Selesai bayar denda RM50 juta, jalani tahanan rumah

Untuk rekod, pembayaran denda berkenaan merupakan antara syarat pengampunan bersyarat yang membolehkan Najib menjalani baki hukuman penjara secara tahanan rumah sehingga 23 Ogos 2028.
Najib, 73, mula menjalani hukuman di Penjara Kajang pada 23 Ogos 2022 selepas Mahkamah Persekutuan menolak rayuan terakhirnya dan mengekalkan sabitan serta hukuman terhadap tujuh pertuduhan berkaitan penyelewengan dana SRC International Sdn. Bhd. berjumlah RM42 juta.
Kongsikan artikel ini
Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.
BULETIN OH! MEDIA
Baca Yang Paling Best Je.
Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!
Pautan artikel telah disalin.
Penulis berita dan kandungan digital di Oh! Media yang memfokuskan kepada isu semasa, automotif, teknologi, gaya hidup dan perkembangan tempatan. Beliau menghasilkan kandungan berita, informasi serta kandungan digital untuk pembaca Oh! Media.




