Kesihatan kekayaan sebenar, PPAS sokong My#HadithTime

Kesihatan kekayaan sebenar, PPAS sokong My#HadithTime

SHAH ALAM – Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) menyokong usaha meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan kesihatan menerusi penganjuran Konvensyen My#HadithTime yang bertemakan kesejahteraan.Pengarah PPAS, Datin Paduka Mastura Muhamad berkata, kesihatan merupakan aset penting yang membolehkan seseorang melaksanakan tanggungjawab dan menyumbang kepada masyarakat.Menurutnya, PPAS berbesar hati menjadi penganjur bersama Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) bagi meneruskan usaha Allahyarham Marhaini Yusoff, bekas Ketua Pegawai Eksekutif WUIF.”Alhamdulillah, PPAS sebagai penganjur bersama WUIF berbesar hati dapat menyambung usaha Allahyarham Marhaini yang amat komited dalam menganjurkan Konvensyen My#HadithTime ini sehingga akhir hayatnya.”Kekayaan sebenar adalah kesihatan. Oleh sebab itu, amat sesuai Konvensyen My#HadithTime ini mengetengahkan tema kesejahteraan atau wellness,” katanya kepada Sinar Harian.Konvensyen My#HadithTime bertajuk The Prophetic Wellness: Who Heals You? bakal berlangsung pada 6 Disember depan, dari jam 8 pagi hingga 4.30 petang di Ballroom 1, Setia City Convention Centre (SCCC).Program itu mengetengahkan panduan penjagaan kesihatan berteraskan al-Quran dan hadis, selain menekankan keyakinan kepada ALLAH SWT sebagai penyembuh serta kepentingan ilmu dan kepakaran perubatan.Pengisiannya termasuk panduan Prophetic Wellness, kupasan hadis berkaitan kesihatan dan perkongsian ilmu bersama ilmuwan agama serta pakar perubatan.Antara panel konvensyen berbahasa Melayu ialah Ketua Pegawai Penyelidik WUIF, Fazrul Ismail; Pensyarah Kanan Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia, Profesor Madya Dr Ahmad Sanusi Azmi; Dr Muhammad Akmalludin Mohd Hamdan serta Qari My#QuranTime, Tirmizi Ali.Turut terlibat ialah doktor dan penulis dari Indonesia, Dr Agus Rahmadi; Ketua Unit Spiritual dan Kesihatan Hospital Sungai Buloh, Dr Ahmad Fahmi Md Sahray; Konsultan Psikologi Organisasi, Dr Alizi Alias serta Zaim Zamri selaku hos.Dalam pada itu, Mastura berkata, konvensyen berkenaan turut menjadi acara penutup Pesta Buku Antarabangsa Selangor (SIBF) 2026.Beliau berharap program itu mendapat penyertaan pelbagai pihak termasuk agensi kerajaan dan swasta.”Saya bagi pihak penganjur SIBF 2026 amat berharap semua agensi kerajaan mahupun swasta dapat bersama-sama hadir ke konvensyen ini.”Kita perlu sama-sama belajar tentang cara terbaik untuk menjaga kesihatan. Apabila kita sihat, kita mempunyai tenaga dan kemampuan untuk terus bekerja, berbakti serta berjuang,” katanya.

Scroll to Top