redzuan.muharam@hmetro.com.my
KUALA LUMPUR: Bilangan daerah yang bertukar status daripada Zon Merah penularan COVID-19 kepada Zon Kuning semakin bertambah, berdasarkan pergerakan 14 hari taburan kes jangkitan pandemik itu sejak 17 Jun lalu sehingga semalam.
Berdasarkan info grafik yang dikongsi Kementerian Kesihatan (KKM), ada 10 daerah di Semenanjung berada dalam Zon Kuning iaitu kawasan yang mencatatkan di antara satu hingga 20 kes COVID-19 dalam tempoh dua minggu lalu.
Selain itu, itu, Sabah dan Sarawak masing-masing mempunyai lapan daerah yang sudah berada dalam Zon Kuning.
“10 daerah di Semenanjung yang bersatus Zon Kuning adalah Hulu Perak (12 kes) dan Kuala Kangsar (tujuh kes) di Perak, Padang Terap (tiga kes) dan Bandar Bahru (11 kes) di Kedah, Dungun (20 kes), Kemaman (enam kes) dan Setiu (14 kes) di Terengganu dan Pekan (18 kes), Raub (16 kes) dan Rompin (17 kes) di Pahang.
“Daerah Zon Kuning di Sarawak pula adalah Limbang (dua kes), Lawas (lapan kes), Pusa (20 kes), Belaga (tujuh kes), Dalat (18 kes), Beluru (10 kes), Kabong (20 kes) dan Marudi dengan tujuh kes.
“Zon Kuning di Sabah pula adalah di daerah Sipitang (sembilan kes), Ranau (lima kes), Tambunan (lima kes), Pitas (10 kes), Tenom (satu kes), Kuala Penyu (10 kes), Tongod (20 kes) dan Telupid (sembilan kes),”katanya.
Daerah lain dalam negara kekal dalam Zon Merah kecuali Daro di Sarawak dan Beluran di Sabah yang berstatus Zon Hijau, kerana tiada sebarang kes direkodkan sepanjang tempoh dua minggu ini.
© New Straits Times Press (M) Bhd




