Sepanyol, Itali bakal beraksi di pentas separuh akhir Euro

Sepanyol, Itali bakal beraksi di pentas separuh akhir Euro

Pemain Itali Lorenzo Insigne (kanan) dan Thomas Meunier mengasak bola dalam aksi di Allianz Arena. (Gambar AP)

MUNICH: Itali bakal bertemu Sepanyol di Stadium Wembley dalam perlawanan separuh akhir bagi merebut tiket ke pentas akhir Euro 2020.

Ia selepas skuad Azzurri itu menewaskan Belgium 2-1, awal pagi tadi yang mendahului permainan dengan ledakan gol oleh Nicolo Barella dan Lorenzo Insigne, meskipun kedua-dua pasukan mencipta beberapa peluang baik dalam aksi di Allianz Arena itu.

Pada minit ke-13, Itali bermula garang dengan jaringan oleh pertahanannya, namun kedudukan ofsaid membatalkan gol Giorgio Chiellini.

Belgium berjaya merapatkan kedudukan menerusi gol penyerang, Romelu Lukaku, tetapi gagal mencari mencari gol penyamaan menuju akhir perlawanan.

Terdahulu dalam satu lagi perlawanan di Saint Petersburg, Sepanyol merampas tiket separuh akhir Switzerland selepas menewaskan skuad A-team itu 3-1 menerusi penentuan penalti.

Ia selepas kedua-dua pasukan itu terikat 1-1 sehingga tamat masa tambahan.

Kedua perlawanan itu bakal menyaksikan Itali menentang Sepanyol pada Rabu ini bagi merebut pentas akhir kejohahan terbabit.

Scroll to Top