43 migran hilang akibat kapal karam

43 migran hilang akibat kapal karam

TUNIS: Sekurang-kurangnya 43 orang hilang di pantai tenggara Tunisia selepas sebuah kapal membawa lebih 120 migran karam, kata Bulan Sabit Merah Tunisia, hari ini.

“84 mangsa diselamatkan manakala 43 lagi hilang selepas kapal membawa 127 migran, karam di pantai Zarzis, Jumaat malam semalam, kata Bulan Sabit Merah Mongi Slim.

Katanya, kapal itu berlepas dari pantai Libya seperti dakwaan mangsa terselamat.

Kementerian Pertahanan berkata, tentera laut Tunisia menyelamatkan ’84 migran tanpa izin dari pelbagai negara’ termasuk Bangladesh, Chad, Mesir, Eritrea dan Sudan.

Katanya, mangsa terselamat berusia antara tiga hingga 40 tahun, tetapi tidak memberikan jumlah mangsa yang hilang.

Kapal itu berlepas dari pelabuhan Zuwara, di barat laut Libya,  malam antara Isnin dan Selasa lalu. – AFP

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top