Ismail Sabri dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri serta-merta

Ismail Sabri dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri serta-merta

Menteri Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri, berkuat kuasa serta merta.

Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan hari ini memaklumkan, Ismail Sabri kekal memegang portfolio Menteri Pertahanan.

Hal ini dinyatakan menerusi satu kenyataan rasmi yang dibuat oleh Pejabat Perdana Menteri .

Pelantikan tersebut akan dapat membantu Perdana Menteri menguruskan pentadbiran negara dan memenuhi keperluan rakyat dalam keadaan negara sedang menghadapi krisis kesihatan dan ekonomi pada masa ini.

Dalam pada itu, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein pula dilantik sebagai Menteri Kanan Luar Negeri.

Kedua-dua pelantikan ini telah disembah maklum kepada KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan berkuatkuasa serta-merta.

Pejabat Perdana Menteri jugam mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada kedua-dua menteri tersebut diatas pelantikan itu.

Sumber: Bernama

Scroll to Top