Penceraian bukanlah sesuatu yang mudah untuk diterima dan dilalui, namun ianya bukan penamat segalanya kerana Tuhan yang menentukan jalan hidup seseorang.
Biarpun telah berpisah, ramai yang masih berkawan dengan bekas pasangan mereka. Begitulah seperti yang dilalui oleh wanita ini.
Menerusi video yang dimuat naik di aplikasi TikTok wanita itu berkongsi kisah yang mana dia masih berkawan dengan bekas suaminya.
Difahamkan lagi, pada suatu hari bekas suaminya itu menghantar mesej teringin makan mee goreng air tangan wanita yang dikenali sebagai Dayah tersebut.

@dayahesw bile ex husband rindu masakan ex wife be likeπ€ͺ #fyp
Malah apa yang lebih mengharukan adalah apabila dia juga sanggup membeli bahan-bahan sebagai persediaan untuk memasak mee goreng tersebut.
Tanpa berfikir panjang, ibu kepada 2 anak itu pun menunaikan permintaan bekas suaminya yang pada masa sama ingin makan bersama anak-anak mereka.
Di akhir video, kelihatan si bekas suami sedang makan mee goreng tersebut sambil melihat anak-anak mereka bermain kolam di hadapan rumah.
Meninjau ke ruangan komen, tindakan wanita itu meraih pujian netizen kerana masih mengekalkan hubungan baik dengan bekas suaminya demi anak-anak mereka.






Difahamkan lagi, mereka berdua mendirikan rumah tangga pada tahun 2018 namun ditakdirkan berpisah tahun lalu. Kini, masing-masing telah membawa haluan berbeza dan hidup bahagia.

@dayahesw Alhamdullilah sekarang DH bahagia π #fyppppppppppppppppppppppp #esekeli
Sumber: TikTok @dayahesw
Β




