Sejak pagi tadi, tular di media sosial tentang berita kematian seorang pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kedah yang meninggal dunia.
Walau bagaimanapun, menerusi perkongsian yang tular di media sosial, pelajar tersebut dikatakan meninggal dunia disebabkan pembuluh darah di kepala pecah kerana stres belajar secara atas talian dan keletihan kerana mengejar deadline tugasan universiti.
aku bukan nak cakap apa la tapi class online ni sangatla membebankan students. pandai la hadam pic.twitter.com/l4zJBENPUZ
— ayinnnn :3 (@aiynanajwaa) July 9, 2021
Beberapa perkongsian yang dibuat warganet turut memuat naik tangkapan skrin mesej yang memaklumkan mengenai punca kematian allahyarham.
Pelajar perempuan itu juga dikatakan dalam keadaan sihat dan tidak mempunyai sebarang penyakit sebelum mengalami sakit kepala dan muntah disusuli sawan.
Sesampainya di hospital, pelajar tersebut disahkan mengalami pendarahan dalam otak memandangkan dia tidak cukup tidur dan stres yang melampau.
Al fatihah. Arwah dikatakan berada dalam keadaan sihat walafiat tetapi akibat stress yang melampau, tak cukup tidur, berlaku pendarahan dalam otak. Allahu ajal tak kira siapa. Please, in this critical situation, find someone for you to express ur feelings to. Please seek help 🙏🏻 pic.twitter.com/VmCQTVM6Nz
— equinoks 🏴 (@afiqdruce) July 9, 2021
Sehubungan dengan itu, pelbagai komen diterima dan rata-rata berasa sedih mendengar perkhabaran tersebut.
Kebanyakkan yang meninggalkan komen juga adalah golongan pelajar yang memahami bagaimana ‘deritanya’ belajar secara atas talian dengan tugasan-tugasan universiti yang bertimbun sehingga terpaksa berjaya malam untuk menyelesaikannya.
Walau bagaimanapun, belum ada sebarang kenyataan rasmi berkenaan punca kematian pelajar tersebut. Diharap segala kekeliruan berkenaan spekulasi yang berlegar di media sosial sejak pagi tadi dapat dihuraikan.
Salam takziah buat keluarga allahyarham.
Sumber: Facebook Diana Mddaud, Twitter @aiynanajwaa, @afiqdruce




