TOKYO: Empat kontraktor Sukan Olimpik Tokyo, ditahan di sini atas dakwaan menggunakan dadah, menurut pihak polis dan penganjur temasya itu.
Pihak penganjur berkata, mereka dimaklumkan bahawa empat individu ditahan atas tuduhan melanggar Akta Kawalan Narkotik dan Psikotropik.
Mereka yang ditahan adalah pekerja sebuah firma yang diberi kontrak oleh Tokyo 2020 untuk membekalkan bekalan elektrik sementara untuk operasi temasya yang akan membuka tirai pada 23 Julai ini.
Polis Tokyo mengesahkan mereka menahan dua warga Amerika Syarikat (AS) dan dua warga British awal bulan ini atas tuduhan ‘menelan kokain’ yang menyalahi undang-undang dadah.
Bagaimanapun, mereka tidak memperincikan bila tarikh penahanan dilakukan.
“Sekiranya dakwaan itu ternyata benar, Tokyo 2020 akan mengeluarkan peringatan tegas kepada syarikat terbabit dan menasihati mereka untuk mengambil langkah tertentu untuk memastikan kejadian seperti itu tidak berulang,” kata penganjur dalam satu kenyataan.
Sementara itu, Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (OIC) berkata, penahanan itu adalah isu individu dan persoalan bagi pihak berkuasa keadilan tempatan.
Undang-undang dadah Jepun agak ketat. Meskipun penahanan biasa kerana memiliki sebarang kuantiti dan penggunaan dadah oleh orang awam, ia akan menarik perhatian media.
Dua minggu sebelum pembukaan temasya itu, perhatian kini digandakan untuk menguruskan kehadiran ribuan atlet, media dan kakitangan sokongan yang datang dari luar negara di tengah-tengah penularan COVID-19 yang mana Tokyo ketika ini sedang menguatkuasakan darurat kecemasan. – AFP
© New Straits Times Press (M) Bhd




