Benfica jumpa Spartak kelayakan Liga Juara-Juara

Benfica jumpa Spartak kelayakan Liga Juara-Juara

PARIS: Bekas juara Eropah dua kali, Benfica diundi menentang Spartak Moscow pada pusingan kelayakan ketiga Liga Juara-Juara musim ini, dalam undian di Nyon, Switzerland, hari ini.

Juara Scotland, Rangers akan menentang Malmo atau HJK Helsinki sementara pesaingnya di Glasgow, Celtic, akan menentang PSV Eindhoven atau Galatasaray sekiranya mereka menewaskan Midtjylland pada pusingan kelayakan kedua.

Sementara itu, Genk akan bertemu Shakhtar Donetsk sementara naib juara 2004, Monaco bakal berdepan Rapid Vienna atau Sparta Prague.

Pasukan yang menang pada pusingan kelayakan ketiga melangkah ke pusingan play-off dengan undian berlangsung pada 2 Ogos.

Pasukan yang kalah di pusingan kelayakan ketiga akan jatuh ke pusingan play-off Liga Europa.

– AFP

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top