Perancis bunuh pemimpin Daesh

Perancis bunuh pemimpin Daesh

PARIS: Perancis mengatakan pasukannya berjaya membunuh dua pemimpin kanan kumpulan Daesh di Great Sahara (ISGS) di Mali, dalam serangan yang diselaraskan dengan Amerika Syarikat (AS), semalam.

Menteri Pertahanan Perancis, Florence Parly, berkata serangan yang disasarkan di sebuah kem di wilayah Manaka di barat Afrika semalam itu, bermula dari tengah malam Rabu hingga Khamis.

Katanya, kedua-duanya yang terbunuh itu, penyelaras logistik dan kewangan ISGS, Issa al-Sahraoui dan Abu Abderahman al-Sahraoui yang bertanggung jawab mengeluarkan keputusan.

“Issa al-Sahraoui menyertai dalam serangan pada Disember 2019 di barat Niger yang mengorbankan 71 tentera negara itu.

“Serangan terhadap kem yang menjadi tempat tinggal kedua-duanya tinggal itu, diperintah dalam waktu yang sangat singkat berdasarkan risikan,” katanya.

Sementara itu, Kementerian Pertahanan Perancis berkata, serangan menunjukkan tekadnya untuk terus memerangi kumpulan pengganas bersenjata.

Katanya, Paris merancang untuk mengurangkan kehadiran ketenteraannya selepas lapan tahun di wilayah Sahel. – AFP

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top