Beregu lelaki layak ke suku akhir – Utusan Digital

Beregu lelaki layak ke suku akhir – Utusan Digital

PETALING JAYA: Beregu lelaki No.1 negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik mara ke peringkat suku akhir selepas menumbangkan Jason Ho Shue-Nyl Yakura di Sukan Olimpik 2020 Tokyo, sebentar tadi.

Pada aksi terakhir Kumpulan D itu, gandingan di ranking kesembilan dunia tersebut mengatasi Jason Ho-Nyl Yakura dari Kanada dengan 21-15, 21-13 dalam tempoh 32 minit di Musashino Forest Sport Plaza, Tokyo.

Kejayaan tersebut membolehkan Aaron Chia-Wooi Yik menamatkan saingan di tempat kedua, dengan juara Kumpulan D menjadi milik pasangan Indonesia, Mohamad Ahsan-Hendra Setiawan.

Begitupun, Malaysia sekali lagi dijangka berdepan laluan sukar apabila bakal diundi menentang China atau Jepun pada suku akhir.

Undian peringkat suku akhir tersebut dijangka berlangsung pada malam ini.

Scroll to Top