OLIMPIK: Momota tersingkir

OLIMPIK: Momota tersingkir

TOKYO: Pemain nombor satu dunia, Kento Momota tewas pada pusingan pertama acara badminton perseorangan lelaki Sukan Olimpik Tokyo 2020, sebentar tadi.

Kekalahan itu sehari selepas ratu tenis Jepun, Naomi Osaka turut tersungkur di laman sendiri.

Momota tewas mengejutkan kepada pemain bukan pilihan dari Korea Selatan Heo Kwang-hee 21-15, 21-19 sekali gus meleburkan impiannya memburu pingat emas pada penampilan sulungnya di pentas berprestij itu. – AFP

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top