OLIMPIK: Zii Jia juara kumpulan

OLIMPIK: Zii Jia juara kumpulan

zulfaizan@bh.com.my

KUALA LUMPUR: Jaguh perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia mengesahkan tempat ke pusingan kalah mati di Sukan Olimpik Tokyo 2020 selepas menewaskan Brice Leverdez di Musashino Forest Sport Plaza, sebentar tadi.

Kemenangan 21-17, 21-5 ke atas pemain Perancis dalam tempoh 35 minit menyaksikan Zii Jia yang juga juara Seluruh England 2021 itu muncul juara Kumpulan M.

Pemain nombor sembilan dunia berusia 23 tahun itu sebelum ini hanya memerlukan 25 minit bagi menundukkan Artem Pochtarov dari Ukraine 21-5, 21-11 pada aksi pembukaan kumpulan.

Kejayaan Zii Jia melepasi peringkat kumpulan terus meletakkan dia sebagai salah satu harapan untuk skuad badminton meraih pingat di Tokyo selain pasangan beregu Aaron Chia-Soh Wooi Yik yang masih meneruskan perjuangan dalam temasya itu.

Aaron Chia-Soh Wooi Yik mara selaku naib juara Kumpulan D dan akan menentang gandingan nombor satu dunia dari Indonesia, Marcus Fernaldi Gideon-Kevin Sanjaya Sukamuljo di suku akhir, esok.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top